HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Julai 2019

Tak logik Azmin nak keluar PKR


Wartawan MalaysiaGazette


MGF16072019_SIDANG-PARLIMEN_43
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Ura-ura Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sesuatu yang tidak logik.

Menurut sumber, dakwaan itu jelas menunjukkan ia sengaja ditimbulkan ketika ada ‘pergeseran’ antara Mohamed Azmin dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

“Tapi ikut logik (Azmin nak keluar PKR), saya rasa takkan berlaku.

Grass root (akar umbi) banyak orang dia,” katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada MalaysiaGazette hari ini.

Khabar angin sebelum ini kuat mengatakan bahawa Mohamed Azmin ‘merajuk’ dan berhasrat bertindak keluar parti untuk menyertai Bersatu.

Mengulas lanjut, sumber yang sama berkata, sekiranya dakwaan ini benar-benar berlaku, ia akan mengakibatkan PKR berpecah kepada dua.

“Parti boleh pecah dua (kalau Azmin keluar parti). Azmin sangat kuat dalam parti,” katanya lagi.

Dakwaan sama turut disebarkan tahun lalu, apabila dilaporkan Mohamed Azmin bersama 20 Ahli Parlimen PKR akan menyertai Bersatu.

Ia bagaimanapun pemimpin PKR menafikan perkhabaran itu.

Sejak semalam, khabar angin mengatakan Mohamed Azmin akan keluar PKR dan menyertai Bersatu dan ada juga mendakwa beliau akan menubuhkan parti baharu bersama-sama para penyokongnya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: