HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019

Tunggulah, berkesan atau tidak mufakat UMNO-Pas

Wartawan MalaysiaGazette
Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan diminta menguruskan parti sendiri berbanding membuat pelbagai andaian dan ulasan mengenai Taawun UMNO dan Pas.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, andaian dan ulasan Bersatu hanya menampakkan kebimbangan mereka dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Tunggulah. Berkesan atau tidak mufakat UMNO PAS kepada rakyat, ianya boleh dilihat nanti.

“Yang pastinya Bersatu di Kelantan hanya gah pada nama tapi tiada kekuatan apa apa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malah, tambah Shamsul, Bersatu terpaksa membuat pindaan perlembagaan kerana ketidakupayaan mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian.

“Nasihat saya pada Datuk Sazmi Miah, Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan supaya tunggu dulu kandungan Piagam Mufakat UMNO Pas ditandatangani 14 September 2019 ini barulah komen,” ujarnya.

Shamsul mengulas kenyataan Sazmi yang membayangkan Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai hanyalah piagam tidak masuk akal dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan.

Ini kerana, kata Sazmi. piagam itu hanya menjurus kepada satu-satu bangsa sahaja dan tidak memberi kesan kepada rakyat.

“Ini cerita kelakar. Selama 60 tahun mereka tidak mampu bersama, sekarang timbul kerjasama dalam masa setahun selepas peralihan kuasa,” ukar Sazmi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: