HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019

UMNO, PAS tandatangan piagam kerjasama pada 14 September

MALAYSIA GAZETTE
 


KOTA BHARU: UMNO dan PAS akan menandatangani satu piagam kerjasama di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 14 September nanti.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan secara bersama oleh kedua-dua parti, UMNO dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama atau ‘bertaawun’ antara satu sama lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Untuk itu, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam.

“Kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti.

Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara,” menurutnya.

Tiada ulasan: