HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Julai 2019

Beri kesedaran untuk jadi pemilih - Ustaz Azhar

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

 
 
 
TUMPAT:  Anak muda yang berusia 18 tahun bukan hanya perlu diberi ruang untuk memilih pemimpin semata-mata, sebaliknya mereka perlu diberi kesedaran bagaimana untuk menjadi seorang pemilih.
 
Pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, soal memilih bukan hanya perlu difikirkan tempoh usia paling sesuai, sebaliknya kefahaman berhubung memilih lebih penting dititikberatkan.
 
"Usia 18 tahun kerajaan dah lulus usia layak untuk mengundi, itu saya setuju tetapi pimpinan perlu memberi penerangan pemimpin yang macam mana perlu dipilih," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada program Himpunan Anak Muda yang ingin tahu pandangannya berhubung usia 18 tahun layak mengundi.
 
Majlis Sembang Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Pantai Geting, di sini petang semalam.

Program anjuran Kerajaan Kelantan itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob. HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: