MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Selasa, 30 Julai 2019
'PAS jadi kingmaker di tengah persengketaan PH'
MALAYSIAKINI
Di tengah-tengah perbalahan dalaman antara pemimpin Pakatan Harapan
(PH), Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan
menaruh keyakinan bahawa PAS akan menjadi penentu politik Malaysia pada
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keyakinan itu bertambah kukuh selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali hari ini mengalu-alukan pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyeru Dr Mahathir Mohamad menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri.
"Dengan
semua ini, nampaknya PAS sebenarnya boleh melakar politik Malaysia
kerana PH dilihat tidak mampu untuk bekerjasama secara berkesan.
Parti-parti komponen PH sibuk memerangi satu sama lain dan cuba
menjaring mata daripada memfokus isu-isu yang dihadapi rakyat.
"Dikatakan
jika anda mempunyai kawan seperti dalam PH, anda tidak memerlukan
musuh. Ini dapat dilihat dalam drama bagaimana orang nombor satu dan dua
dalam parti terbesar memerintah negara, PKR bergaduh untuk mengulingkan
satu sama lain," katanya dalam laman Facebook hari ini.
Iklan
Menurut
Arutchelvan, Azmin yang semakin kehilangan pengaruh di kalangan PH dan
sebahagian segmen dalam PKR kini dengan selesanya "menggunakan" PAS
untuk mendapat sokongan.
Kenyataan Azmin itu, katanya juga
menunjukkan bahawa timbalan presiden PKR itu cuba menumpang sokongan
PAS-Umno berdasarkan agenda Perpaduan Melayu dan Ummah, yang mana PH
semakin hilang sokongan.
Pada masa sama, katanya sebahagian besar
ahli Umno menolak seruan Mahathir yang meminta parti pembangkang itu
menyertai Bersatu untuk menyatukan parti-parti Melayu.
"Umno
melihat PAS sebagai rakan sekutu dan rakan utama mereka dalam misi
merampas semula kuasa dalam PRU15. Ini dapat dilihat pada beberapa
pilihanraya kecil baru-baru ini apabila mereka berdiri sebagai satu
pasukan," kata Arutchelvan.
Tambah
beliau, PAS juga telah membuktikan keupayaan menggerakkan sejumlah
besar penyokong semasa perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(Icerd) pada 8 Disember tahun lalu.
Katanya, Bersih pada suatu
masa juga pernah menggunakan PAS untuk berjuang menuntut pilihan raya
bersih dan adil pada era pentadbiran BN.
Bagi komponen BN pula,
Arutchelvan berkata MCA melihat peranan mereka untuk kekal dalam BN bagi
mengimbangi pengaruh PAS, manakala MIC telah mengambil pendirian bahawa
PAS bukan radikal seperti yang digambarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan