HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019

Siasatan kes jam tangan mewah setpol menteri selesai – Latheefa

THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan sebuah jam tangan mewah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini berkata kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Julai.

“Berhubung siasata melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Pertanian berkaitan sebuah jam tangan mewah, SPRM telah selesai menjalankan siasatan dan telah menghantar kertas siasatan ke Pajabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan sedang menunggu maklum balas daripada pejabat berkenaan,” kata beliau.

Pada 1 April, SPRM menahan setiausaha politik kepada menteri itu kerana disyaki menerima rasuah berupa sebuah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan pada 1 April menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM terhadap setiausaha politiknya dan menyerahkannya kepada proses undang-undang.

Tiada ulasan: