HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019

Rais tegur hospital swasta guna bahasa Inggeris

Wartawan MalaysiaGazette
Rais Yatim
Tan Sri Dr. Rais Yatim.

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim nampaknya tidak gembira dengan penggunaan bahasa Melayu termasuk di hospital swasta.

Dalam ciapan twitternya, beliau turut memuatnaik gambar arahan dalam bahasa Inggeris di sebuah hospital swasta.

EAdNnToUYAIEwN4

“Jelaslah bahasa Melayu sudah diletak di barisan bawah seperti yang tertera di kaunter hospital swasta ini.

“Rata-rata bahasa Inggeris sudah jauh meninggalkan bahasa Melayu dalam bidang kepenggunaan harian,” ciapannya hari ini.

Justeru, Rais berharap netizen bersama-sama membaiki keadaan dengan mengembalikan martabat bahasa Melayu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: