HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Julai 2019

AZMIN TENTU LEBIH TERUJA JIKA DITAWARKAN AMBIL ALIH GERAKAN….





Di sebalik agak ramai ragu-ragu dan tidak percaya Azmin Ali akan menyertai Gerakan, Presiden parti itu, Dr Dominic Lau nampaknya gembira dengan perkembangan terbaru ini.

Tegas Dr Dominic, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan jika boleh menerima prinsip perjuangan parti tersebut.

“Saya ingin nyatakan bahawa Gerakan merupakan sebuah parti berbilang kaum dan kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan dengan syarat boleh menerima prinsip perjuangan kami,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mendedahkan terdapat juga beberapa pemimpin PKR dan NGO yang datang menemui Gerakan berhubung kemasukan Azmin ke dalam Gerakan itu.

“Bukan hanya pemimpin PKR, tetapi terdapat juga pemimpin-pemimpin NGO yang berbincang dengan kami tentang Azmin untuk menyertai Gerakan,” kata pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun sehingga ini Azmin belum lagi memberi reaksi mengenai isu kemasukannya ke dalam Gerakan ini.

Lantaran itu, kita tidak tahu sama ada beliau memang berminat untuk menyertai Gerakan atau mahu terus kekal bersama PKR.

Tetapi, jika Dr Dominic faham tentang kedudukan Azmin dalam kerajaan sekarang dan cita-cita besarnya dalam politik, lebih-lebih lagi selagi Tun Mahathir Mohamad masih hidup, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak sepatutnya sekadar dipelawa untuk menyertai Gerakan.

Sebaliknya, beliau seharusnya ditawarkan untuk mengambil alih sepenuhnya Gerakan.

Dengan ditawarkan mengambil alih Gerakan, Azmin bukan saja akan menjadi Presiden Gerakan, malahan akan menguasai dan menstruktur semula parti itu sebagai “vehicle” baru untuknya terus menongkah dan mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri di masa hadapan.

Beliau juga selepas itu dengan senangnya boleh membawa lebih sikit daripada 10 Ahli Parlimen PKR yang setakat ini menyokongnya untuk turut sama menyertai Gerakan.

Kalau Ahli Parlimen berkenaan setia kepada Azmin dan yakin dengan kemampuannya sebagai calon Perdana Menteri, sudah tentu mereka akan menyertai Gerakan sama.

Pastinya, jika ditawarkan mengambil alih Gerakan ia akan membuatkan Azmin lebih cepat “stim” berbanding sekadar hanya dipelawa menyertai parti itu dengan posisi yang belum tentu buatnya.

Kepada Dr. Dominic, cepat-cepatlah buat tawaran baru ini buat Azmin!!



Tiada ulasan: