Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari Bersatu hari
ini mengadakan sidang media menyatakan sokongan terhadap cadangan agar
Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga habis
penggal.
Kenyataan sokongan adun berkenaan dibuat sebagai merujuk cadangan yang sebelum ini dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Tiga Adun itu ialah Sallehudin Amiruddin (Kuang), Harumaini Omar (Batang Kali) dan Mohd Shaid Rosli (Jeram).
"Adun Bersatu negeri Selangor tidak nampak keperluan untuk perdana menteri berundur sebelum misi membina semula negara yang diterajui oleh beliau ini diselesaikan dengan sempurna.
"Kami menyeru kepada semua ahli parlimen dan Adun dari Bersatu dan PH negeri yang lain agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Dr Mahathir Mohamad demi rakyat Malaysia keseluruhannya," kata kenyataan media yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media itu.
Tiga adun berkenaan berkata sejak peralihan kerajaan, Dr Mahathir berjaya mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul serta menaikkan imej negara di persada politik antarabangsa.
Selain itu, kata mereka pentadbiran Dr Mahathir juga berjaya mengembalikan keyakinan pelabur.
Isnin lalu, Azmin berkata Dr Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.
Azmin berkata demikian sebagai mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno kepada Mahathir.
Pada 27 Julai lalu, Hadi berkata PAS dan Umno akan bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ganggu pentadbiran negara
Sementara itu, menjawab soalan pemberita Mohd Shaid berkata tiada perjanjian yang menetapkan peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun.
"Perjanjian dua tahun itu tiada. Kalau berlaku perubahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, akan beri kesan besar kepada negara, pelabur dari luar negara kurang percaya kerana tiada kestabilan politik dalam negara kita.
"Jadi benda ni harus dipandang serius," katanya.
Sementara itu, Salehuddin pula berkata gesaan agar Dr Mahathir segera menyerahkan kuasa tidak wajar kerana menurutnya ia akan mengganggu pentadbiran negara.
"Kita lihat hampir setiap minggu (ada gesaan seperti itu), media juga kadang-kadang memainkan peranan dalam melaporkannya.
"Jadi iklan-iklan sehubungan perkara ini kita rasa harus diberhentikan, kerana ia mengelirukan rakyat.
"Saya minat bawa satu konsep, sekarang ini kita ada seorang pilot (juruterbang) yang memandu kapal terbang, kita ada kapal terbang yang cukup cantik, kenapa kita tidak membiarkan pilot ini membawa kapal terbang dengan penumpang ke suatu destinasi yang banyak rakyat Malaysia impikan?" katanya.
Cadangan untuk mengekalkan Dr Mahathir itu timbul meskipun terdapat perjanjian dalam PH untuk pengerusi Bersatu itu melepaskan jawatan perdana menteri kepada penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum habis penggal penuhnya.
Meskipun Dr Mahathir berulang kali menegaskan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti yang dipersetujui dalam PH, tempoh masa peralihan kuasa itu masih belum jelas.
Kenyataan terbaru menyokong cadangan Dr Mahathir dikekalkan ini hadir ketika PKR dilihat berdepan dengan konflik dalaman antara Azmin dan Anwar susulan klip video seks yang dikaitkan dengan timbalan presiden PKR itu.
Perselisihan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu timbul selepas Anwar mencadangkan Azmin meletakkan jawatan sekiranya klip video seks yang dikaitkan tulen.
Susulan itu, PKR dilihat terpecah kepada dua kem berbeza dengan penyokong masing-masing saling menyindir dan membuat penyataan sokongan masing -masing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan