HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Julai 2019

Kerajaan Terengganu perlu semak semula lesen membalak

DENYUT REFORMASI

 
 
PETALING JAYA: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mahu kerajaan negeri Terengganu menyemak semula semua lesen dan kegiatan pembalakan yang dijalankan oleh syarikat persendirian.

Persatuan berkenaan membuat gesaan itu selepas menerima laporan yang mendakwa kawasan di sekeliling tapak pelancongan terkenal di negeri tersebut di Tasik Kenyir tercemar akibat kegiatan pembalakan.

Pengerusi MNS negeri Terengganu, Wong Chee Ho berkata, operator pelancongan tempatan dan MNS telah mengemukakan gambar terbaru Tasik Kenyir yang menunjukkan airnya yang sebelum ini jernih kini menjadi berlumpur.

“Kegiatan pembalakan mampan perlu menimbangkan kesan alam sekitar di dalam dan juga di luar sempadan kawasan konsesi membalak.
“Bagaimanapun bukti terbaru menunjukkan konsesi membalak yang diluluskan merosakkan alam sekitar,” katanya hari ini.

Wong berkata, mata pencarian operator pelancongan tempatan di Terengganu menerima kesan buruk daripada kegiatan pembalakan.
Mata pencarian operator ekopelancongan tempatan bergantung 
pada produk terbaik yang ditawarkan oleh alam semula jadi. 
(Gambar MNS)
“Operator pelancongan tempatan mendapat manfaat daripada aktiviti ekopelancongan dengan bergantung pada produk terbaik yang ditawarkan oleh alam semula jadi,” katanya.

Semalam exco pelancongan, kebudayaan dan teknologi maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia telah menghentikan semua kegiatan membalak di Air Terjun Lasir, berdekatan Tasik Kenyir.

Ariffin berkata, melalui Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri mengarahkan pemegang lesen membalak mengambil langkah kawalan bagi mengurangkan pencemaran yang berlaku.

Dalam pada itu Wong berkata, arahan kerajaan negeri supaya kegiatan pembalakan ditangguhkan tidak memadai.

“Kami percaya manfaat alam sekitar yang sihat adalah untuk kepentingan semua orang, terutamanya rakyat Terengganu. 
 
 

Tiada ulasan: