HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Julai 2019

Itu gambar palsu, Shafie tak pernah lulus lesen sabung ayam, kata pembantu

Gambar disunting dengan keterangan mendakwa Ketua Menteri, 
Shafie Apdal meluluskan lesen sabung ayam di Sabah.
 
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menafikan Ketua Menterinya, Shafie Apdal meluluskan lesen sabung ayam dalam satu sidang media baru-baru ini.

“Ketua menteri tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi atau sabung ayam di negeri ini,” kata setiausaha politiknya, Jo-Anna Sue Henley Rampas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk sekeping gambar disunting yang menunjukkan Shafie mengadakan sidang media berlatar belakangkan logo Perpustakaan Negeri, Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Warisan dan Jabatan Pendaftaran Negara, dengan keterangan lesen sabung ayam diluluskan di Sabah.

Katanya, gambar sebenar itu diambil ketika sidang media selepas Shafie melancarkan bangunan baru Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru pada 25 Julai lalu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak percaya atau menyebarkan perkara tidak disahkan kerana ini akan merumitkan keadaan dan menjejaskan reputasi kerajaan negeri.”
Gambar asal diambil pada sidang media selepas pelancaran 
bangunan baru Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru pada 25 
Julai lalu.
 
 

Tiada ulasan: