HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019

Umur Dr M dah Isyak nak masuk tahajud - Zahid

MALAYSIAKINI

   

Faktor usia Dr Mahathir Mohamad yang sudah lanjut menjadi sebab DAP mengalihkan pergantungannya kini kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik Sinar Harian berkata demikian ketika berucap pada majlis santai bersama barisan kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan RC di ibu negeri Kedah hari ini.

"Umur Dr Mahathir dah Isyak nak masuk tahajud dah, jadi mereka (DAP) bergantung pula pada Anwar yang banyak terhutang budi pada DAP,” katanya.

Zahid juga dilaporkan berkata kerja sama Umno-PAS digeruni PH, terutama DAP kerana kuasa majoriti Melayu semakin kukuh.

“Ditambah pula, selepas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang membenarkan umur 18 tahun mengundi, sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan dicampur dengan usia 18 tahun, menjadi 68 peratus pengundi.

"Jika termasuk Bumiputera, menjadi 72 peratus,” katanya.

Sementara itu, pada satu lagi majlis lain di Kedah, Ahmad Zahid berkata Umno menolak sebarang kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim selagi mana beliau terus bersekongkol dengan DAP.

"Umno menolak sebarang tawaran kerjasama dengan Anwar Ibrahim selagi Anwar Ibrahim bersekongkol dengan parti DAP, noktah.

"Saya sebut banyak kali sebab ramai orang tak faham...sebab punca DAP...DAP terlalu halus," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah, hari ini.

Ucapan beliau disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu Zahid berkata beliau yakin cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri tidak akan tercapai selagi Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkuasa.

"Anwar bercita-cita dan berhasrat menjadi perdana menteri semua org tahu dan semua menjadi rahsia umum bawa perdana menteri sekarang tidak akan pernah memberikan jawatan itu kepada Anwar.

"Semua orang tahu (Mahathir tak akan beri Anwar jadi perdana menteri), ciumlah mulut tujuh kali sehari pun," katanya.


Tiada ulasan: