Buat julung kalinya, Umno akan mewujudkan tabung dana bagi menampung perbelanjaan parti termasuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata tabung itu akan diuruskan sebuah badan profesional.
“Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) bincang lancar tabung dana Umno atau crowd funding bagi pembiayaan pengurusan aktiviti Umno dan dalam waktu terdekat supaya kelangsungan dapat dilaksanakan melalui tabung dana Umno.
“(Ini) Pertama kali crowd funding diumumkan. Kekangan terbesar pembiayaan aktiviti politik akibat daripada tindakan perundangan tak adil terhadap Umno.
Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno, dipercayai bersangkutan penyelewengan dana 1MDB.
Pada 30 Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan mengarahkan para peguam yang mewakili Umno untuk memfailkan rayuan kepada SPRM agar menyahbekukan sebahagian akaun parti itu.
Ia bagi membolehkan Umno menampung perbelanjaan seperti urusan pembayaran gaji staf, penyewaan bangunan dan kos urusan pentadbiran yang lain.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran terhadap kutipan itu.
"Kita harap dapat dana sebanyak mungkin," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan