HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Julai 2019

Jangan laga-lagakan kami, kata Azmin

DENYUT REFORMASI



Sama seperti kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata mereka berdua masih sepasukan.

Timbalan presiden PKR itu juga menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan mereka berdua.

"Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.

"Kamu (media) janganlah provoke presiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama," katanya kepada pemberita selepas acara Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam tadi

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman PKR di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam "satu pasukan".

Azmin tidak hadir di pemukiman tersebut. Menurutnya beliau ada "urusan rasmi di luar negara" dan baru pulang hari ini.

Sejumlah pemimpin PKR yang menyokongnya juga tidak hadir.
Turut hadir dalam masjlis doa kesyukuran itu ialah pemimpin PKR yang dilihat sebagai penyokong Azmin antaranya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.

Selain itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.

Beberapa hari lalu, di tengah-tengah kes klip video seks yang mengaitkan Azmin, Khairuddin membuat laporan polis bagi menggesa menyiasat klip video seks yang pernah dikaitkan dengan Anwar beberapa tahun lalu.

PKR untuk beberapa tempoh terbahagi kepada penyokong Anwar dan Azmin namun keadaan itu kelihatan bertambah buruk sejak beberapa bulan ini susulan tersebarnya video seks yang mengaitkan Azmin.
Bagaimanapun Anwar semalam dalam kenyataan menyambut baik makluman polis bahawa Azmin tidak terlibat dalam video itu.

Hari ini pula beliau berkata mereka berdua "perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap".

"Ia adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya parti (sebagai timbalan presiden)," kata Anwar di akhir pemukiman PKR hari ini.

Pada masa sama, sejumlah 120 pemimpin PKR menandatangani resolusi menyokong penuh kepimpinan Anwar sebagai presiden PKR.

Tiada ulasan: