HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Julai 2019

Kes rogol Paul Yong memalukan negara

Wartawan MalaysiaGazette

MGF08122017_DATUK-DR-NAJMIL-FAIZ_02
Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris 
 
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO terus mendesak supaya Paul Yong dihadapkan ke mahkamah agar keadilan dapat ditegakkan dan seterusnya membersihkan nama baik Malaysia.

Exconya, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, dakwaan jenayah yang dilakukan Exco Kerajaan Negeri Perak itu amat serius dan memalukan negara.

Tegasnya, kes itu turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Indonesia, Thaufiek Zulbahary yang berharap tidak ada sebarang kekebalan undang-undang terhadap suspek dan perlu diheret ke muka pengadilan.

“Sikap sesetengah pemimpin politik negara dan juga Peguam Negara, Tommy Thomas yang dilihat cuba melindungi Paul telah memburukkan lagi keadaan.

“Sehingga hari ini, Paul masih tidak lagi didakwa serta menjalankan tugas seperti biasa dan hal ini amat mengecewakan serta memalukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu menambah, Indonesia merupakan negara ketiga tertinggi yang menyumbang dalam sektor perlancongan negara sehingga RM 2.83 bilion dan memberi manfaat yang banyak dalam pembangunan ekonomi.

Justeru ujarnya, hubungan baik antara dua negara ini perlu diperkukuhkan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama pelancong khasnya dalam konteks Asia Tenggara.

”Bagaimanapun kes Paul yang merogol pembantu rumah warganegara Indonesia telah menjejaskan imej baik Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: