Zuraida Kamaruddin mentafsir aksi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, sejurus selepas dibebaskan daripada reman semalam sebagai tindakan seseorang yang tidak mendapat maklumat di dunia luar lokap.
Zuraida yang kini menduduki jawatan naib presiden PKR menambah beliau bersimpati dengan keadaan Farhash yang didakwanya masih dibelenggu dengan tanggapan sendiri.
"Saya rasa Farhash mungkin tertutup dengan maklumat-maklumat yang berlaku di luar sewaktu dia direman.
"Jadi dia mungkin tak dapat maklumat yang terkini... saya simpati kepada dia kerana masih terbelenggu dengan tanggapan dia," katanya.
"Saya harap dia dah dapat update dan dapat bagi maklum balas yang lebih waras insya-Allah," katanya.
Zuraida berkata demikian semasa ditemui media di majlis pelancaran program Fund MyHome dan Skim Depositku di Kementeran Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya petang ini.
Dia juga percaya wujud konspirasi politik ke atas Anwar.
"Jadi, jika ketua polis negara mempunyai kredibiliti, dia harus masukkan Azmin ke dalam," katanya selepas dibebaskan.
Farhash juga sempat melaungkan “Azmin semburit!” sebagai mengakhiri ucapannya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Itu kerja polislah. Polis kata salah, tangkaplah. Kalau tak salah nak tangkap buat apa?" katanya.
Zuraida juga ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan ke atas Farhash.
Kata Zuraida, pihaknya akan memberi masa kepada pemimpin PKR Perak itu kerana dia mungkin tidak stabil dan kebingungan selepas ditahan reman.
"Mungkin dia bingung sikit dalam (lokap) tu, jadi dia keluar, dia tak dapat stabil.
"Jadi (sekarang) dia mungkin dah stabil, kita beri dia peluang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan