Presiden Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali
yakin Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak akan meninggalkan
parti itu.
"Dia (Azmin) boleh mohon (menyertai Putra), tapi belum tentu kita terima.
"Tapi, saya percaya dia tidak akan tinggalkan PKR. Dia akan berhempas pulas dalam PKR," katanya ketika sidang media parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas khabar angin itu, Gerakan menyambut baik dan membuka pintu kepada pemimpin PKR itu jika benar mahu menyertai bekas parti komponen BN itu.
Bagaimanapun Setiausaha Politik kepada Azmin, Hilman Idham dilaporkan menafikan khabar angin berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin juga berkongsi pandangan sama semalam, berkata Azmin "tidak akan angkat kaki" meninggalkan parti yang diasaskannya bersama 20 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata Putra akan melancarkan "pemasyhuran tuntutan Melayu" pada 1 September nanti sempena majlis pelancaran rasmi parti itu.
Katanya, pemasyhuran tuntutan Melayu merupakan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat serta akan diperjuangkan Putra.
"Ia berkaitan tentang hak-hak masyarakat Melayu Islam dan bumiputera seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.
"Putra perjuangan kita jelas untuk Melayu, bumiputera saja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan