Melalui cerpen-cerpen beliau, terutamanya cerpen Cerita Awang Putat, telah mengutarakan bagaimana nasib bangsa Melayu mudah diperkotak-katikkan oleh kaum pendatang yang mengambil kesempatan atas kemuliaan budi orang Melayu, dengan kelicikan dan tipu muslihat yang mereka gunakan bagi mengaut keuntungan dan menipu orang Melayu.
Meskipun ia dalam konteks ekonomi, tetapi tema asas cerpen yang cuba disampaikan adalah sama - orang Melayu harus celik dan waspada dalam membangunkan bangsa.
Celik dan waspada terhadap kelicikan tipu daya mereka yang oportunis dan dengki terhadap kesatuan bangsa.
Ada beberapa realiti yang DAP dan Lim Kit Siang sukar fahami, kerana ia secara langsung menggugat kepentingan politik mereka.
Bebas berprinsip
Itu adalah pendirian UMNO dan majoriti orang Melayu. Beliau seharusnya akur bahawa DAP akan dan telah ditolak secara besar-besaran oleh bangsa ini.
Orang Melayu sudah sedar bahawa DAP tidak dapat menjamin kesucian dan kemuliaan agama Islam serta menjaga kebajikan orang Melayu dan Bumiputera dalam konteks sebuah negara Malaysia yang moden.
Penafsiran cetek DAP berkenaan agama Islam dan Melayu yang hanya terbatas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan keengganan dalam usaha untuk memakmurkannya tidak langsung diterima majoriti elektorat Melayu.
Realiti kedua, penyatuan Umno dan PAS adalah satu usaha yang praktikal. Orang Melayu berkongsi agama, budaya dan identiti yang asasnya sama.
Maka mengapa harus diperkecilkan penyatuan dan kerjasama ini? Sudah tiba masanya orang Melayu membentuk satu pakatan politik yang utuh dan berpadu dalam mempertahankan serta yang lebih penting memakmurkan kepentingan-kepentingan strategik mereka di Malaysia.
DAP harus sedar bahawa mereka tidak dapat melakukannya, maka biarlah kami yang menjalankan tanggungjawab ini.
PH makin tak popular
Menurut Merdeka Centre, approval rating PH semakin menurun sejak Disember 2018 lagi, dalam kalangan pengundi Melayu, Cina dan India.
Ini tidaklah memeranjatkan apabila PH hanya memberi fokus terhadap episod video semburit yang tidak berkesudahan dan perbalahan kerusi perdana menteri yang tidak berpenghujung.
Bukan itu sahaja, kerajaan PH juga masih lagi bersikap pembangkang, sepertimana perdana menteri katakan pada Februari lalu:
“Within the government meanwhile, there are those who for 60 years were the Opposition, and now they have become the government, but the Opposition traits still continues.”
Itu lah kata-kata Dr Mahathir, orang nombor satu PH sendiri. Maka Lim Kit Siang, sebelum memanggil dan menggelar orang lain sebagai ‘dumb and dumber’, lihatlah diri sendiri di cermin, bak kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi kita.
Realiti keempat, DAP semakin hari semakin biadab untuk menjadikannya relevan dalam konteks politik semasa.
Tatkala menyedari undi orang Melayu amat penting, dan politik berasaskan kaum serta agama tidak akan berakhir dalam Malaysia Baru. Sehinggakan isu penarikan ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) itu dimainkan semula.
Pendapat beliau di dalam artikel tersebut seakan menghina dan mengecilkan saranan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan ICERD.
Sahibus Samahah Mufti telah nyata berpendirian bahawa Malaysia tidak perlu mengikut negara Islam lain dalam meratifikasi ICERD kerana konteks maslahah dan mafsadah setiap negara itu berbeza.
Saya akui, politik Melayu Islam pasca Pilihan Raya Umum ke-14 tidaklah dalam keadaan terbaik.
Wujud keraguan dan kekeliruan berikutan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap kepimpinan seperti diketahui umum mutakhir ini. Namun biarkanlah kami menyelesaikannya dengan cara kami sendiri.
Ini dapat dilakukan dengan membuang segala tembok pemisah yang membeza-bezakan orang Melayu, agar suara bangsa ini sekali lagi dapat mewujudkan satu tumbukan politik yang kuat dalam sistem demokrasi negara, seperti yang telah dilakukan pendukung-pendukung bangsa dahulu.
MOHAMED KHALED NORDIN merupakan naib presiden Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan