KEMASKINI | Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira jam 3.50 petang ini selepas reman yang dikenakan ke atasnya berakhir.
Kira-kira 10 minit selepas itu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz pula dibebaskan daripada tahanan reman.
Terdahulu, kira-kira 100 penyokong - sebahagiannya membawa plakad - menyambut pembebasan Farhash dengan teriakan "Reformasi".
Beliau turut dilihat dipakaikan kalungan bunga berwarna merah oleh para penyokongnya.
Farhash
ditahan pada 16 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung video seks
yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Manakala Haziq ditahan dua hari sebelum ini.
Haziq adalah individu yang mengaku dirinya mengadakan hubungan sejenis dengan lelaki didakwanya Azmin Ali.
Berdasarkan perintah kebenaran reman yang diberikan mahkamah sebelum ini, Farhash dan Haziq - bersama seorang lagi individu lain - tamat hari ini.
Bagaimanapun reman ke atas seorang lagi individu - yang ditangkap di Shah Alam - masih berbaki sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan