Ruang tangga Dewan Tun Razak yang dijadikan tempat menyimpan barang pamera Matta Fair terbakar.
KUALA LUMPUR – Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berjaya mengawal
kebakaran yang berlaku di ruang tangga tingkat 1 Dewan Tun Razak, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 1.20 tengah hari, iaitu hari terakhir Pameran Persatuan
Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair). Asap berkepul-kepul dari bahagian bangunan PWTC yang terbakar.
Menurut kenyataan itu, seramai 30 anggota digerakkan ke lokasi
kejadian melibatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul, Titiwangsa dan
Hang Tuah.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, asap tebal keluar dari bangunan
tersebut dan hasil pemeriksaan kebakaran itu melibatkan barang-barang
yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1.
“Keluasan kebakaran dianggarkan 10 kaki persegi dan terbakar kira-kira 10 peratus,” kata kenyataan itu.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.
Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan