UMNO ONLINE
KUALA
LUMPUR – Pengerusi Mahasiswa UMNO Universiti Malaysia Muhammad
Mirza Adnan berkata jika Peguam Negara Tommy Thomas mahu meletakkan
undang-undang di tempat yang dihormati, maka seharusnya proses
pendakwaan perlu mengambil tempat dan membenarkan mahkamah menentukan
sama ada tertuduh bersalah atau tidak.
Katanya, sekiranya Tommy merasakan bukti tidak mencukupi, seharusnya
tertuduh telah dibebaskan lebih awal bukannya selepas beberapa bulan
ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(SOSMA).
“Kesemua
keraguan dan ‘inconsistencies’ ini telah menyebabkan rakyat meragui
dengan prinsip ‘Rule of Law’ malah mempertikaikan kredibiliti Jabatan
Peguam Negara.
“Peguam Negara turut menjelaskan adalah mustahil bagi pihak
pendakwaan untuk membuktikan tertuduh tidak termasuk dalam kategori
pengecualian di bawah Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan iaitu sekadar
terjumlah ‘sokongan’ bantahan atau pertentangan pendapat.
“Perkara ini bersifat subjektif dan perlu dibicarakan di mahkamah
untuk diterjemah dan diaplikasi dengan betul. Dalam erti kata mudah,
kita tidak boleh membuat tanggapan tetapi tanggapan dari sudut
undang-undang hanya boleh dijawab dan akan terjawab setelah mahkamah
menjatuhkan hukum,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini ulasnya lagi, kecuali dari awal lagi Peguam Negara sudah
mempunyai niat untuk mewujudkan tanggapan tersebut bagi tujuan
membebaskan tertuduh dan sudah pasti mewujudkan keraguan tentang
keupayaan Peguam Negara dalam melaksanakan tugas pendakwaan yang adil.
Merujuk juga kepada laporan media perdana, Mirza berkata pada bulan
Oktober 2019, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8)
Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan berkata polis mempunyai bukti
yang kukuh penglibatan mereka yang ditangkap dengan kumpulan militan Sri
Lanka LTTE.
“Malah kenyataan ini disokong oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang menegaskan tindakan itu adalah berdasarkan hasil
risikan PDRM dan bukan satu insiden ‘isolated’.
“Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga tangkapan dibuat
selepas mendapat kebenaran daripada Pejabat Peguam Negara sendiri.
“Oleh itu, amatlah pelik apabila hari ini keputusan Peguam Negara
menggugurkan kes tersebut kerana dikatakan tiada prospek jelas untuk
disabitkan,” bidasnya.
Jelas Mirza lagi, Peguam Negara membuat keputusan tersebut
berdasarkan kuasa yang diberikan kepada beliau mengikut Perkara 145(3)
Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan beliau menghapuskan tuduhan
terhadap mana-mana pihak mengikut budi bicara beliau.
“Dalam masa yang sama, umum juga perlu faham bahawa kuasa budi bicara
ini tidak bersifat mutlak.
Dalam kes di Singapura iaitu Law Society
Singapore v. Tan Guat Neo Phyllis [2008] 2 SLR 239 yang melaporkan, “The
discretionary power to prosecute under the Constitution is not
absolute. It must be exercised in good faith for the purpose it is
intended. The notion of the discretion is contrary to the rule of law
under two situation ; First, where the prosecutional power is abused
where it is exercised in bad faith and second, where its exercise
contravenes constitutional protections and rights including his right to
equality under the law stated in Article 12 of the Federal
Constitution.”
“Keputusan Peguam Negara dibuat atas alasan bahawa adalah menjadi
kelaziman bagi seseorang mengidolakan individu yang lain. Mempunyai
gambar dan representasi lain yang disifatkan mempunyai kaitan dengan
kumpulan militant dalam telefon bimbit atau di akaun Facebook tidak
sepatutnya dijadikan indikator melabel seseorang sebagai pengganas.
“Jikalau begitu, apakah asas kes Siti Noor Aishah Atam yang
dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada 26 April 2017 kerana memiliki
naskah militan Daesh? Lebih dari itu, kenyataan dari Menteri Dalam
Negeri, Ketua Polis Negara dan Ketua Penolong Pengarah E8 juga
mengesahkan mereka mempunyai bukti yang kukuh hasil risikan yang lama
menunjukkan kes ini lebih daripada sekadar menjadikan seseorang itu
idola, atau memiliki bahan. Ia seolah pendakwaan terpilih yang mana kes
Aishah dijadkan kes kesalahan ‘strict liability’,” tegas pelajar jurusan
undang-undang itu.
Selarnya juga, tindakan Peguam Negara adalah satu penghinaan kepada
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama unit E8 yang telah
bertungkus lumus dalam merisik dan menjalan strategi bagi membanteras
elemen pengganas di dalam negara ini.
“Lebih membimbangkan lagi, tindakan seperti ini akan menjadi
‘precedent’ kepada kes-kes melibatkan isu pengganas dan keselamatan
negara selepas ini.
“Ia juga memberi mesej moral yang sangat salah bahawa memiliki bahan
berkaitan pengganas, mengidolakan pengganas secara terbuka dan menyertai
majlis-majlis keraian melibatkan elemen pengganas tidak menjadi satu
kesalahan.
“Aspek keselamatan negara kini berada dalam keadaan yang sangat bahaya,” ujarnya.
Dalam isu yang sama, Mirza turut melahirkan kekhuatiran keputusan
Peguam Negara itu jika dipengaruhi unsur-unsur tertentu seperti pengaruh
politik kerana individu yang tertuduh merupakan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Gadek yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka dan
ADUN Seremban Jaya iaitu G Samianathan dan P Gunasekaran.
“Kita juga khuatir keputusan ini bakal mengancam keselamatan negara.
Lebih dari itu, kita khuatir tentang keupayaan Peguam Negara dalam
menjalankan tugas secara adil dan saksama.
“Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi perlu dilihat adil. –
the necessity of providing justice that is not just fair, but perceived
to be fair,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan