Fokus kini adalah tangani masalah dihadapi negara
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah
dan isu yang dihadapi negara khususnya kesan jangkitan COVID-19 kepada ekonomi
berbanding hal-hal seperti peralihan kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr
Wan Azizah berkata isu penyerahan jawatan perdana menteri kepada penggantinya
telah disepakati pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang
dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
“Kita
mentadbir negara sebaik mungkin untuk perbaiki (negara)… kita sedang menghadapi
kluster COVID-19, cara bagaimana kita menanganinya kerana ia (penularan virus
korona) memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
“Oleh
itu, kita semua akan fokus (terhadap impak COVID-19 kepada negara). Isu
peralihan kuasa telah disepakati semalam dan ditetapkan selepas APEC (Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik),” katanya kepada pemberita selepas melakukan pelepasan
Kayuhan Kasih Mesra Fun Ride bersama TPM di sini hari ini.
Beliau
menjawab soalan pemberita berhubung keputusan Majlis Presiden PH malam tadi
yang memutuskan bahawa peralihan kuasa adalah selepas persidangan APEC 2020
pada November dan menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk memutuskan bila beliau
akan mengundurkan diri.
Terdahulu,
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan, meluangkan masa kira-kira sejam
pada program kayuhan sejauh 30 kilometer (km) dan 5km anjuran Kelab Basikal
Komuniti Ampang membabitkan penyertaan 500 peserta.
Mengulas
program itu, beliau berkata ia adalah aktiviti riadah gaya hidup sihat yang
bertujuan meningkatkan penjagaan kesihatan meliputi setiap lapisan masyarakat
termasuk golongan berusia.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan