Cenderung neutralkan DAP, sumbang ketidaktelitian kaji ideologi
BANGI – Ketiadaan muzakarah yang menghimpunkan semua mufti dan ulama
mengenai hukum memilih pemimpin bukan Islam dalam realiti dominasi muslim yang
terhakis, boleh dikatakan sebagai punca kepada pelbagai isu yang melanda negara
ketika ini.
Naib
Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab
Rahman berkata, jika ada sekalipun, kehadiran tidak menampakkan kesungguhan
dalam isu terpenting kepada umat Islam itu.
“Kecenderungan
untuk meneutralkan pandangan terhadap DAP juga menyumbang ke arah
ketidaktelitian dalam mengkaji ideologi pemimpin parti itu serta pendukungnya
seperti Tommy Thomas.
“Akhir
sekali, faktor musyawarah dan muzakarah juga penting. Selepas al-Quran dan
as-Sunnah, bersyura adalah kaedah prinsip, sebagai untuk mendapatkan pandangan
yang paling hampir dengan kebenaran dan paling baik (aslah).
“Pandangan
individu yang tidak dimuzakarahkan lebih terdedah kepada kesilapan,” katanya
dalam satu kenyataan.
Terdahulu
negara digemparkan dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang berdepan pertuduhan berkaitan
kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beliau
memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh
yang berdepan pertuduhan berkaitan LTTE dalam mana-mana 34 pertuduhan dan
bertindak memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta-merta.
Katanya,
keputusan itu dibuat mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang
membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan
mengikut undang-undang.
Ustaz
Hazizi menegaskan, isu yang berlaku pada negara juga akibat tindakan pihak
tertentu yang tidak teliti pada Manat al-Hukm – tempat letak hukum – atau
bahasa mudahnya ialah realiti, yang melibatkan persoalan sistem agihan kuasa
yang mengandungi faktor dominasi, selain persoalan ideologi yang memerangi
Islam.
“Agihan
dan tahap kuasa adalah polemik yang berakar umbi dalam falsafah politik Barat,
malangnya sebahagian ustaz-ustaz tidak teliti dalam membicarakan soal kuasa,
sedangkan Imam al-Juwainy sudah membicarakan soal kuasa terhad ini ketika
hayatnya lagi dalam kitab al-Ghiyathi,” katanya.
Sebelum
ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hukum Islam
membenarkan untuk melantik orang bukan muslim sebagai ketua.
Beliau
dilaporkan berkata, hukum Islam dalam melantik bukan muslim sebagai pemimpin
dibolehkan kerana ia selari dengan firman Allah di dalam al-quran.
Mohd
Asri turut menjelaskan kitab-kitab ulama terdahulu sudah tidak relevan dengan
situasi politik di zaman sekarang dan perlu dilihat dalam konteks yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan