HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Februari 2020

‘Pengumuman penting’ politik negara petang ini?

PEMIMPIN parti PKR, PPBM, UMNO, PAS dan GPS dilaporkan mengadakan mesyuarat khas masing-masing hari ini.

Satu ‘pengumuman penting’ politik akan dimaklum Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir dan Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali.



DR. MAHATHIR MOHAMAD

Hal demikian dilaporkan selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hadir dalam satu pertemuan bersama sembilan pemimpin dan ahli PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hari ini.

Sementara Dr. Mahathir pula dilaporkan menghadiri mesyuarat pemimpin tertinggi PPBM di ibu pejabat di Yayasan Selangor tidak jauh dari Hotel Sheraton.

Sumber memberitahu portal Free Malaysia Today (FMT) berkata, kemungkinan berlaku perubahan dalam komposisi politik dalam kerajaan.

[BACA ARTIKEL] Semua parti komponen PH sokong Dr Mahathir sepenuhnya – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Apa juga keputusan, saya letak jawatan selepas APEC – Dr Mahathir – Suara Merdeka



Tiada ulasan: