Itu komen pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hong berikutan keputusan Tan Sri Tommy Thomas memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini.
Firdaus antara yang aktif mendedahkan identiti penyokong kumpulan penggasan LTTE di negara ini melalui media sosial.
“Jangan terkejut andai kami yang selama ini bertungkus lumus merisik nyawa kami untuk membongkar dan mendedahkan penyokong LTTE ini pula yang dikenakan tindakan.
“InshaAllah kami bersedia. Kepada Allah Subhana Wa Ta’ala kami berserah dan berharap,” kata Firdaus.
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat
selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua
tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.
Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang
Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.
Kesemua mereka ditangkap dan ditahan sejak Oktober tahun lalu.-SM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan