Astro Awani
Ahmad
Tajuddin berkata, Presiden UMNO itu perlu melepaskan
jawatan dan
meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak
lagi mampu
menguasai ahli MT parti. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi
dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan
politiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas atau
lain-lain.
Ketua UMNO Bahagian
Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Presiden UMNO itu
juga perlu melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya
difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.
"Dia keterlaluan menjadikan kuasa sebagai matlamat parti akhirnya menjadikan UMNO hilang arah tuju.
"Kesannya
dilihat sebagai tidak berpendirian dan mudah dipergunakan oleh
parti-parti saingan politik sama ada Bersatu, Pas dan lain-lain,"
katanya semasa dihubungi pada Isnin.
Sebelum ini, Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO
menafikan laporan berita bahawa MT membuat keputusan menolak kerjasama
antara Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan
datang.
Jelas JKS, laporan yang dibuat media mengenai penolakan kerjasama itu
tidak betul dan ibu pejabat UMNO menandang serius dakwaan berkenaan.
Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, Ahmad Zahid harus berdepan apa jua
pendakwaan di mahkamah sebagai cabaran demi survival UMNO dan Barisan
Nasional (BN) jika menolak kerjasama PN termasuk memutuskan hubungan
dengan Muafakat Nasional (MN).
"Ahmad Zahid perlu membuat pilihan untuk BN terus bergerak ke hadapan,
dan pada masa sama menegaskan pendirian UMNO dan BN berhadapan Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara bersendirian," katanya.
Ujarnya lagi, Ahmad Zahid perlu juga menerangkan arah tuju UMNO yang sebenarnya.
"Apakah pembentukan UMNO pada tahun 1946 hanya merupakan pertubuhan
untuk mendapatkan kuasa atau ianya permulaan kepada satu pembangunan
tamadun Melayu, penerusan daripada apa yang telah dimulakan oleh
Raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu sebelum dan semasa zaman penjajah,"
ujarnya.
Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan PN hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.
Katanya, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan