Firdaus Azil
Mereka
berpendapat bagi tujuan tersebut Kerajaan Perikatan Nasional
(PN)
pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meningkatkan
pe
rbelanjaan untuk ujian saringan, rawatan, pengesanan kontak, dan
pemberian vaksin COVID-19.
KUALA LUMPUR:
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan ekonomi negara ialah dengan
membendung pandemik COVID-19 di negara ini, tegas Majlis Presiden
Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan hari
ini, mereka berkata, bagi tujuan tersebut Kerajaan Perikatan Nasional
(PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu
meningkatkan perbelanjaan untuk ujian saringan, rawatan, pengesanan
kontak, dan pemberian vaksin COVID-19.
Menurut
kenyataan itu lagi, pelaksanaan antara 50,000 hingga 70,000 ujian
saringan sehari ketika ini, masih melihat kadar positif sekitar 6
peratus.
“Jumlah ujian saringan ini perlu ditingkatkan lima kali ganda jika kita benar-benar mahu membendung pandemik ini.
“Untuk
mengendalikan ujian pada jumlah ini untuk tiga bulan akan menelan
belanja dalam RM2 bilion, iaitu satu jumlah yang kecil jika dibandingkan
dengan pakej rangsangan ekonomi terkini, tetapi mampu meninggalkan
kesan yang lebih mendalam,” menurut mereka lagi.
Kenyataan
itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng.
Dalam pada itu, mereka
berkata, kegagalan mengendalikan krisis ekonomi yang sedang berlaku,
akan memberi kesan yang lebih buruk kepada rakyat di negara ini,
terutamanya golongan B40 serta M40 yang terjatuh ke dalam kategori B40.
Mereka
berkata, ada keperluan segera untuk menyelamat, membina semula dan
mereformasikan ekonomi, lebih daripada usaha yang sedang dilakukan
ketika ini, yang pada pandangan mereka amat tidak mencukupi.
“Rakyat
perlu dibantu dan pakej rangsangan tambahan sebanyak RM45 bilion
diperlukan, iaitu tambahan kepada RM15 bilion yang telah diumum awal
tahun ini.
“Kami masih menunggu Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengotakan janji bantuan
kebajikan bulanan RM1,000 yang perlu dipanjangkan kepada golongan yang
menganggur,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam
pada itu, mereka berkata, Kerajaan wajar menyediakan subsidi untuk
sebahagian dari kos ujian untuk syarikat-syarikat secara tetap (sama ada
sekali sebulan atau setiap dua minggu) terutama bagi syarikat-syarikat
yang menggunakan pekerja asing yang tinggal di asrama beramai-ramai.
Kos
kepada kerajaan untuk subsidi ujian-ujian saringan ini, menurut mereka
lagi, sudah tentu lebih rendah berbanding kos kepada ekonomi yang
ditanggung syarikat-syarikat, terutama PKS, sewaktu PKP 2.0.
“Sebagai
contoh, industri pelancongan telah kehilangan pendapatan RM100 bilion
pada 2020, dan keadaan masih sangat buruk di mana banyak pengusaha hotel
dan pengendali pelancong terpaksa tutup kedai.
“Pelbagai
sektor lain dari pembinaan ke runcitan turut terjejas. Program subsidi
upah amat penting untuk majikan, kerana program ini membantu mereka
mengekalkan jumlah pekerja, manakala subsidi bagi mengupah pekerja
baharu perlu dinaikkan terutama bagi golongan muda yang merupakan antara
kumpulan paling terkesan dalam krisis ini,” kata Majlis Presiden PH.
Menyentuh
mengenai sektor pendidikan, mereka berpendapat negara bakal menyaksikan
satu generasi anak muda Malaysia yang akan mengalami pengurangan
pendapatan dan ketidaktentuan ekonomi akibat gangguan terhadap proses
pembelajaran mereka pada waktu pandemik COVID-19.
“Pelancaran DidikTV masih belum mencukupi dan adalah tidak mampu menggantikan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.
“Yang
lebih mengejutkan ialah pengumuman bahawa sekolah-sekolah akan mula
dibuka bermula 1 Mac, yang telah memberi tekanan kepada ramai ibu bapa
untuk menyiapkan perkakas sekolah, dan membuatkan mereka yang telah
membeli komputer riba dan tablet tertanya-tanya apakah mereka boleh
menggunakan duit yang telah dibelanjakan itu ke arah perkara-perkara
lain,” kata mereka lagi.
Dasar membuat
pengumuman tergempar seperti ini, menurut Majlis Presiden, wajib
diberhentikan, dan kerajaan perlu menyatakan perancangan untuk
menyelamatkan anak-anak ini yang disebut ‘generasi yang hilang’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan