Astro Awani
Naib
Presiden UMNO dilaporkan berkata sebelum ini, isu jawatan TPM tidak
pernah didiamkan kerana parti berkenaan merupakan pemilik kerusi
terbesar
dalam kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tawaran
jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada UMNO dianggap cara
terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti itu dengan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum kelak.
Penganalisis
politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, berkata
saranan memberikan jawatan itu kepada UMNO adalah wajar terutamanya
dalam meraikan hubungan strategiknya dengan Bersatu.
“Tak
salah untuk lantik mana-mana pemimpin UMNO yang terkemuka, yang sedang
berada dalam Kabinet hari ini. Mereka perlu diberi ruang dan peluang
untuk dilantik menjadi TPM.
“Pelantikan
ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerana keutuhan jawatan
Perdana Menteri masih jelas dan beliau boleh koordinasi Kabinet dengan
baik,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Menurutnya, kestabilan politik adalah elemen penting dalam pentadbiran negara dan seharusnya ia menjadi tumpuan utama kerajaan.
“Tindakan
itu (beri jawatan TPM) juga menjuarai hasrat penyatuan parti-parti yang
berada dalam rumpun UMNO... Bersatu dan Pas juga mempunyai ideologi
hampir sama iaitu nasionalis Islamik pragmatik.
"Bila
UMNO dan Bersatu berasal daripada satu rumpun, sepatutnya mereka lebih
mudah berbincang dan bekerjasama menjayakan penyatuan parti Melayu Islam
bersama Pas,” ujarnya.
Astro AWANI
pada 29 November lepas melaporkan UMNO akan membangkitkan semula
kedudukan jawatan TPM kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai di Dewan
Rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata, isu jawatan TPM tidak pernah didiamkan
kerana parti berkenaan merupakan pemilik kerusi terbesar dalam kerajaan
ketika ini.
Lebih-lebih lagi, tegas Ahli
Parlimen Bera itu, apabila tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan
tertinggi dalam Kabinet selain Menteri Kanan Pertahanan yang disandang
beliau ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan