Bernama
Ahli
Parlimen Port Dickson itu juga memfailkan permohonan untuk merujuk
empat persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung
isu
sama (darurat). - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Permohonan
kebenaran semakan kehakiman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berhubung isu darurat akan didengar terlebih dahulu sebelum empat
persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah
Persekutuan.
Permohonan kebenaran semakan
kehakiman itu adalah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-MustafaBillah Shah untuk menggantung persidangan
Parlimen dalam tempoh darurat.
Peguam
Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly berkata Hakim Mahkamah
Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan untuk mendengar permohonan
itu pada 4 Mac ini pukul 2.30 petang menerusi prosiding secara dalam
talian.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian
yang turut disertai SFC S. Narkunavathy dan peguam yang mewakili Anwar
iaitu Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.
Dalam
permohonan difailkan Anwar 25 Jan lepas, beliau memohon deklarasi
bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin
untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan
penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak
berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra
vires.
Anwar memohon deklarasi bahawa
Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150 (3)
dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak
sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden
untuk menasihatkan Al-Sultan Abdullah supayamembatalkan Seksyen 14
Ordinan Darurat berkenaan.
Ahli Parlimen
Port Dickson itu juga memfailkan permohonan untuk merujuk empat
persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung isu sama
(darurat).-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan