Ridauddin Daud
Tegas
Tun Mahathir, sejak dari dulu beliau melihat kepada perbuatan seseorang
dan bukannya meletakkan kesetiaan kepada individu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pakatan
Harapan (PH) tidak dapat melayan rakyat seperti mana layanan Datuk Seri
Najib Tun Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Perkara
itu diakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menegaskan PH tidak dapat memberi wang kepada rakyat seperti yang Najib
lakukan.
“Kalau
kita cuba kurangkan BR1M, mereka kata Najib lebih baik dari Dr
Mahathir, dia bagi juga kita duit, Dr Mahathir bagi apa? Itu menjadi
tumpuan mereka.
“Ada yang tuduh kononnya
PH dikuasai DAP, itu propaganda Najib untuk jatuhkan PH tapi banyak
benda yang kita buat tidak diiktiraf umpamanya untuk menubuhkan sebuah
kerajaan yang berfungsi cukup sukar, bukanlah mudah apabila ada
pertukaran kuasa.
“Kalau
kita lihat negara lain, bila ada peralihan maka berlaku macam-macam
keganasan dan sebagainya tapi kita ambil alih dengan begitu licin dan
kita dapat dirikan kerajaan bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian pada Rabu.
Dalam
pada itu, Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan sebab beliau dilihat tidak
sebulu dengan semua Perdana Menteri yang Malaysia pernah ada kecuali
Tun Abdul Razak.
Tegasnya, sejak dari dulu beliau melihat kepada perbuatan seseorang dan bukannya meletakkan kesetiaan kepada individu.
“Saya
sokong dari segi perbuatan, bukan orang. Orang ini tak kira,
macam-macam jenis orang ada. Tunku Abdul Rahman misalnya, beliau
dipandang tinggi kerana beri kemerdekaan kepada negara.
“Tetapi
bila beliau buat benda yang saya tak setuju, saya tegur apa yang beliau
buat. Bila beliau buat untuk kemerdekaan, saya sokong. Jadi kita tak
boleh begitu setia kepada orang itu sebagai individu,” ujarnya.
Menurutnya, itu adalah prinsip yang dipegang beliau sejak dari dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan