Harits Asyraf Hasnan
Individu
yang mahu masuk semula UMNO tidak boleh mengenakan
apa-apa syarat
sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain
yang berada di dalam
parti itu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang telah keluar daripada UMNO boleh memohon semula sekiranya mahu kembali bersama parti itu.
Namun,
individu itu tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima
segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu.
Itu
mesej jelas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk
Seri Najib Tun Razak kepada mereka yang telah keluar daripada UMNO
termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sesiapa
boleh mohon untuk balik (semula) kepada UMNO... Tetapi orang macam
saya, kami ini semua, kita setia dalam UMNO, tidak pernah keluar
daripada UMNO.
"Mereka yang keluar daripada UMNO, hendak kembali kepada UMNO, boleh dipertimbangkan.
"Namun,
mereka tidak boleh kenakan syarat, dia kena terima. Dia mahu masuk
UMNO, terimalah dasar UMNO, terimalah sesiapa yang ada dalam UMNO.
"UMNO
adalah parti yang bukan milik mana-mana individu atau Presiden parti
sekalipun, ataupun bekas presiden parti, tidak! UMNO adalah milik tiga
juta ahlinya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Sebelum
ini, Dr Mahathir meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang mahu beliau
kembali kepada parti yang pernah dipimpinnya itu.
“Yalah,
kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa,
untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tetapi
‘penyangak-penyangak’... apa semua (itu) saya tidak boleh bekerjasama
dengan mereka,” katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini.
Saksikan 'Eksklusif bersama Datuk Seri Najib Razak' yang akan disiarkan pada Isnin, 22 Februari 2021, jam 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI, Live TV di astroawani.com serta di saluran-saluran media sosial Astro AWANI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan