Umavathi Ramayah
Ahmad
Zahid Hamidi memberitahu, tindakan Mahathir yang meletakkan syarat
untuk kembali hanyalah sekadar alasan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Tun
Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kesediaannya untuk kembali kepada
UMNO menggambarkan Ahli Parlimen Langkawi itu sudah hilang hala tuju
dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya
selepas gagal menjadi perdana menteri ketujuh.
"Presiden
Parti Pribumi Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah memecatnya.
Pakatan Harapan tidak lagi mempedulikannya. Perikatan Nasional (PN) juga
tidak luluskan pendaftaran parti baharunya.
"Makanya
perlu cari 'perumah' lain atau setidak-tidaknya kembali kepada 'perumah
lama' untuk terus mendapatkan manfaat 'nutrisi'," katanya dalam
perkongsian di Facebooknya, hari ini.
"Tiba-tiba
kelmarin Tun Mahathir buat 'u-turn' paling drastik menyatakan beliau
masih sayang UMNO dan bersedia kembali kepada UMNO.
"Tetapi kononnya dengan syarat UMNO perlu kembali berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
"Bagaimana
agaknya perasaan penyokong dan pemimpin parti Pejuang lain mendengar
kata-kata Tun Mahathir ini? Semoga tiada gua berhampiran mereka," kata
Ahmad Zahid.
Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid memberitahu, tindakan Mahathir yang meletakkan syarat untuk kembali hanyalah sekadar alasan.
"UMNO tidak pernah seinci berkalih daripada dasar perjuangannya.
"Ia cuma argumentasi atau dalih untuk menjustifikasikan kehendak kembali kepada parti keramat ini," katanya.
Katanya,
sejarah 2018 membuktikan siapa yang sebenarnya tidak lagi berpegang
kepada dasar bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik kendiri.
"Persoalan
seterusnya yang menimbulkan tanda tanya besar siapakah rombongan demi
rombongan yang datang minta beliau buat sesuatu kerana tidak berpuas
hati dengan kepimpinan UMNO ketika itu?" soalnya.
Pada
Rabu, Tun Mahathir berkata beliau sedia kembali ke pangkuan UMNO
sekiranya parti itu kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu
berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya
boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang 'penyangak-penyangak' semua
minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan