Hasimi Muhamad
Ahli
Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan
Ummah
(ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT
malam ini. -
Astro AWANI
BENTONG:
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan
Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam
ini.
Mesyuarat yang dijadual pada pukul
8.30 malam ini dijangka dipengerusikan Presiden UMNO yang juga Pengerusi
Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber
memaklumkan, mesyuarat pada malam ini digambarkan penting khususnya
dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15).
Difahamkan, mesyuarat MT
akan turut menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana
Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.
Terdahulu,
pemerhati politik berpandangan bahawa penting untuk UMNO membuat
keputusan berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan pertembungan tiga
penjuru antara Perikatan Nasional (PN); BN; serta Pakatan Harapan (PH).
Setakat ini tidak dapat disahkan individu yang hadir memandangkan media tidak dibenarkan berada di pintu masuk bangunan ILMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan