Hasimi Muhamad
Pemerhatian
Astro AWANI juga mendapati pintu utama bangunan ILMU turut
diarah
ditutup pada pukul 11.30 malam. - Astro AWANI/Hasimi Muhamad
BENTONG:
Selepas lebih tiga jam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO berlangsung
di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini,
tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli MT, setakat ini.
Malah,
kenderaan yang membawa masuk ahli MT UMNO pada pukul 6.30 petang Jumaat
juga dilihat tidak membawa keluar atau mengambil mana-mana individu,
setakat ini.
Selain itu, pemerhatian Astro AWANI juga mendapati pintu utama bangunan ILMU turut diarah ditutup pada pukul 11.30 malam.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada ahli MT akan bermalam di bangunan ILMU, atau sebaliknya.
Terdahulu, beberapa kenderaan dipercayai membawa ahli MT UMNO tiba di ILMU bagi menghadiri mesyuarat MT.
Difahamkan, mesyuarat tersebut dijadual berlangsung pada pukul 8.30 malam.
Sumber
memaklumkan bahawa mesyuarat pada malam ini digambarkan penting
khususnya dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia antaranya
dijangka menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana
Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.
Astro AWANI akan cuba mendapatkan reaksi daripada MT UMNO berhubung intipati mesyuarat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan