Ridauddin Daud
Menurut
Tun Mahathir, sejak dari dulu beliau melihat sendiri nasib orang
Melayu
dan baginya, kuasa orang Melayu semakin merosot kerana mereka
berpecah.
- Gambar fail
SHAH ALAM:Lebih
80 tahun memperjuangkan nasib orang Melayu, bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan pernah berhenti berbuat
demikian.
Menurutnya, sejak dari dulu
beliau melihat sendiri nasib orang Melayu dan baginya, kuasa orang
Melayu semakin merosot kerana mereka berpecah.
“Kalau
saya tarik diri dan tidak suarakan pendapat saya, saya berpendapat
bahawa, ini pendapat saya, masa depan orang Melayu sangat gelap.
“Sebab
itu, walaupun saya dah berumur 95 tahun sekarang, saya masih berminat
untuk menjalankan tugas yang saya serahkan kepada diri saya sendiri,
bukan siapa-siapa suruh pun,” katanya dalam siaran langsung bersama Sinar Harian pada Rabu.
Tambahnya,
dengan pengalaman terlibat dalam dunia politik lebih 80 tahun, beliau
bersedia untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya
kepadanya.
“Saya ingat saya mempunyai
banyak pengalaman yang boleh diguna oleh sesiapa sahaja. Sebab itu kalau
orang datang jumpa saya dan minta saya buat sesuatu, jadi saya cuba
buat sesuatu.
“Setakat ini, buat sesuatu
bermakna saya boleh sumbang pendapat yang saya yakin orang lain tidak
ada kerana tiada yang menjadi Perdana Menteri sekian lama,” ujarnya.
Dalam
pada itu, Dr Mahathir turut mengulas berkenaan pendaftaran Parti
Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan beliau mendakwa pendaftaran parti itu
masih tertangguh kerana kerajaan tidak mahu ada parti ditubuhkan untuk
menentang kerajaan.
Tegasnya, dari segi undang-undang, Pejuang seharusnya boleh didaftarkan kerana mereka sudah mengikut peraturan ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan