Bernama
Hakim
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon,
terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden. -
Gambar
fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:
Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut
hak wang berjumlah RM677,872.55, yang disita Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor,
yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Ini berikutan keputusan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan
pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri
Johor sebagai responden.
Dalam
penghakiman, Muhammad Jamil berkata mahkamah mendapati pemohon gagal
membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram, dan
Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah mengemukakan keterangan untuk
membuktikan bahawa wang yang disita diterima daripada sumber-sumber
lain.
"Atas
imbangan kebarangkalian, mahkamah dapati pemohon gagal membuktikan
bahawa wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram. Oleh itu,
permohonan pemohon ditolak," kata hakim itu.
Dalam
prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik
Haslinie Hashim, manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan
Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Permohonan
lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap UMNO Negeri Johor
mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sebelum
ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata agensi itu
telah memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 entiti yang terdiri
daripada individu, syarikat dan parti politik untuk mendapatkan semula
kira-kira RM270 juta, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM
percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan