HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Mei 2021

Calon BN Pahang wajib orang tempatan – Muhammad Faiz

Manzaidi Mohd Amin
muhdfaiz
Muhammad Faiz Hashim

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 semestinya wajib orang tempatan yang berasal dari negeri itu.

Seorang pemimpin Pahang yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, beliau membangkitkan isu itu selepas ada seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) dari MCA membuat kenyataan kesediaan parti itu untuk bertanding di kawasan Parlimen Raub.

Kata beliau, walaupun kenyataan itu kemudian dikatakan sebagai tidak benar oleh pemimpin MCA, namun isu berkenaan wajar dibangkitkan kerana khuatir akan menjejaskan persiapan BN dalam menghadapi PRU akan datang.

“Calon adalah satu faktor yang amat mustahak untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-15 ini. Kita tidak boleh memperjudikan kemenangan di sesebuah kawasan dengan meletakkan calon yang tidak boleh menang,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jelas Muhammad Faiz, parti komponen dinasihatkan supaya bersikap lebih strategik dalam hal meletakkan calon.

Katanya, pemimpin parti harus lebih sensitif dan peka terhadap apa yang rakyat mahu.

“Semestinya pengundi di Pahang lebih selesa dengan calon yang berasal dari kalangan mereka iaitu orang tempatan.

“Pengundi sekarang lebih bijak menilai. Keadaan masa kini tidak boleh disamakan dengan dahulu, di mana parti boleh mendapat kemenangan besar dengan meletakkan sesiapa juga calon yang mereka mahu,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: