HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Mei 2021

Kenapa Hamid diam isu lompat parti zaman Tun Mahathir jadi PM

AGENDA DAILY

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa isu lompat parti lebih banyak berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri 22 bulan.

Katanya, ketika itu Abdul Hamid menjadi Ketua Polis Negara dan tidak langsung membangkitkan isu lompat parti.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Wan Saiful dilaporkan berkata, tindakan Abdul Hamid yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes lompat parti adalah sesuatu yang pelik.

“Masa mula-mula ambil-alih tanggungjawab beliau sendiri melompat daripada Cawangan Khas dan terus menjadi Ketua Polis Negara. Selain itu, kejadian melompat parti ini paling banyak berlaku semasa beliau bertugas di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dulu.

“Jadi kenapa baru nak timbulkan isu ini sekarang? Bagi saya, ini hak ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk memainkan peranan dengan cara terbaik di bawah parti mana sekali pun dan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu,” katanya.

Abdul Hamid tidak pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Negara, sebaliknya hanya memangku jawatan itu ketika Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjadi Ketua Polis Negara ke-11.

Pelantikannya dibuat mengikut Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis, memperkenankan pelantikan secara kontrak selepas bersara Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, sepatutnya siasatan berhubung kes lompat parti itu dilaksanakan sejak dari awal Abdul Hamid diberi tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.

Tiada ulasan: