HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Mei 2021

Kerajaan PKR gagal urus Covid-19 di Selangor, katil ICU pun tak cukup

AGENDA DAILY

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. 

 Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang banyak di Selangor mengakibatkan hampir semua hospital di negeri tersebut penuh dan lebih teruk lagi jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung pesakit.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani penularan Covid-19 dengan melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun isu jumlah katil pun gagal diselesaikan dengan segera.

Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman terpaksa meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) kepada 200 buah bagi pesakit Covid-19 berbanding 142 katil pada masa ini.

Bercakap pada sesi temu bual khas bersama Bernama dan RTM di sini hari ini, Dr Sha’ari berkata tindakan-tindakan tersebut mampu mengurangkan kesesakan di ICU hospital Selangor yang kini mencapai 92 peratus.

“Kita menyambut baik pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor kerana pengalaman dahulu memperlihatkan akan berlaku pengurangan jumlah kemalangan jalan raya yang menyebabkan dewan bedah akan kurang digunakan, dan secara tidak langsung penggunaan ICU juga dapat dijimatkan untuk kes-kes berkenaan,” katanya.

Dr Shaari berkata situasi kes Covid-19 semasa banyak disumbangkan oleh kes-kes kontak rapat daripada ahli keluarga pesakit Covid-19 iaitu sebanyak 90 peratus, manakala kes yang berpunca daripada sekolah dan sektor industri masing-masing berjumlah lima peratus.

Jumlah semasa pesakit Covid-19 kategori tiga dan ke atas ketika ini adalah lebih tinggi di negeri ini berbanding situasi sebelum ini.

“Ini menunjukkan pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) tidak begitu memuaskan berbeza dengan kilang-kilang yang majoritinya kini patuh pada SOP yang ditetapkan,” katanya, menambah semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengurangkan risiko jangkitan.

Dalam perkara lain, Dr Sha’ari berkata susulan pengumuman kerajaan persekutuan semalam mengenai pelaksanaan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bermula Jumaat (7 Mei) ini, Selangor telah mengenal pasti 25 lokaliti di enam daerah tersebut berdasarkan jumlah kes yang dicatatkan dalam tempoh dua minggu.

“Kita juga merancang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, pemberian suntikan vaksin akan dilakukan secara outreach programme kepada golongan berisiko di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi agar mereka terhindar daripada komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19,” katanya.

Selangor semalam melaporkan kes harian baharu tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 675 kes atau 21.6 peratus daripada keseluruhan 3,120 kes.

Tiada ulasan: