HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Mei 2021

Pertimbang perubatan tradisional Cina rawat Covid-19, kata Teresa Kok

Teresa Kok berkata, salah satu sebab China berjaya melawan Covid-19 adalah 
dengan penggunaan perubatan tradisional.

PETALING JAYA: Putrajaya diminta mempertimbangkan untuk menggunakan perubatan tradisional Cina bagi merawat Covid-19 susulan kejayaannya di China.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata lonjakan kes jangkitan Covid-19 di negara ini, yang dijangka semakin teruk, akan meletakkan tekanan terhadap sistem kesihatan terutama di unit rawatan rapi (ICU).

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan mengikut langkah China dalam memerangi kes Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan worldometers.info, negara dengan 1.4 bilion penduduk itu hanya melaporkan 300 kes jangkitan aktif pada 22 April.

“Antara perkara yang membantu China mengatasi (kadar jangkitan) adalah penggunaan perubatan tradisional Cina yang secara berkesan membendung penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk laporan media bahawa China telah menambah tiga bahan perubatan tradisional Cina yang dipaten dalam rawatan Covid-19.

Ini melibatkan butiran Jinhua Qinggan, kapsul Lianhua Qingwen dan suntikan Xuebijing.

Semuanya telah menjalani ujian klinikal dengan Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan, yang menyenaraikan rawatan Covid-19 sebagai salah satu kegunaannya.

Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina Kebangsaan negara itu dilaporkan berkata, ia telah digunakan secara meluas dalam rawatan Covid-19 untuk lebih 70,000 pesakit di seluruh China.

Tiada ulasan: