PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bagi meneliti dan menyediakan dasar untuk gabungan politik itu.
Dalam kenyataan bersama majlis itu berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah sempena ulang tahun ke-3 kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum lepas.
“Pada masa yang sama, jawatankuasa baharu akan diumum dari semasa ke semasa.
“Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam PH bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya umum ke-15 tatkala pandemik reda kelak,” kata kenyataan itu.
Majlis Setiausaha PH dianggotai setiausaha agung tiga parti komponen gabungan itu, iaitu Saifuddin Nasution (PKR), Hatta Ramli (Amanah) dan Loke Siew Fook (DAP).
Sembilan jawatankuasa yang ditubuhkan itu adalah Jawatankuasa Pendidikan yang dianggotai antaranya oleh bekas menteri pendidikan Maszlee Malik dan timbalan beliau Teo Nie Ching.
Lapan lagi jawatankuasa yang diwujudkan adalah jawatankuasa
kesihatan, ekonomi, keselamatan,gender, belia, kos sara hidup,
perundangan dan mobilisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan