HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Oktober 2021

“Baguslah Parti Politik Orang Melayu Berpecah, Senang Sikit Kita Menang PRN Melaka!” – PH

  THE PROFESSOR

Keputusan UMNO yang ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan semua parti politik Melayu serta bumiputera yang lain hanya menguntungkan PH.

Mana tidaknya, PH tak perlu kotorkan tangan untuk fikirkan strategi gerila sebaliknya pastikan sahaja UMNO tidak berubah pendiriannya.

Lebih-lebih lagi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO.

Memetik laporan portal PN BBC, Zahid menegaskan tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama).

Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu sekali gus mengekalkan pendirian UMNO untu berperang secara solo.

“Dalam perhimpunan lalu, kita sudah putuskan bahawa UMNO tidak pernah akan bekerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Noktah!” katanya.

Zahid berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, memberi amaran bahawa keengganan UMNO bekerjasama pasti membuatkan PH tersenyum.
dengan parti mewakili orang Melayu/Bumiputera lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH).

“PH amat berharap dan menanti-nantikan saat UMNO tidak lagi dalam saf penyatuan ummah.

“Setakat ini muafakat Melayu bersama rakan rakan lain yang sederhana dan setiakawan Barisan Nasional (BN) PN telah berkali-kali menggagalkan perancangan cikgu dan maulana PH,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebooknya.

Terdahulu, media melaporkan UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU dalam mana-mana dalam pilihan raya. SM

Tiada ulasan: