HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2021

Enggan mohon maaf tuduh ‘rangkaian dedak’, Syed Saddiq berdepan tindakan undang-undang

FMT Reporters
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan mendedahkan mengenai kewujudan 
satu rangkaian yang beroperasi untuk menyogok dan mengugut ahli-ahli 
pengasas parti politik Bersatu.

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas enggan memenuhi tuntutan permohonan maaf atas tuduhan mengaitkannya dengan satu “rangkaian dedak” menawarkan rasuah kepada ahli Bersatu.

Habibul Rahman Kadir Shah berkata, beliau menerusi peguamnya, Tetuan Jahaberdeen & Co telah menghantar satu Notis Tuntutan kepada Ahli Parlimen Muar itu pada 17 Sept lalu untuk menuntut tiga perkara iaitu permohonan maaf kerana kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadapnya, Akujanji untuk tidak mengulangi perkara itu serta tawaran satu jumlah ganti rugi.

Bagaimanapun katanya, Syed Saddiq enggan memenuhi tuntutan itu menyebabkannya mengambil keputusan untuk memulakan tindakan undang-undang.

New FMT App
Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Mox Player
“Pada 17hb September 2021, saya menerusi peguamcara, Tetuan Jahaberdeen & Co telah menghantar satu Notis Tuntutan kepada Syed Saddiq untuk menuntut tiga perkara iaitu penerbitan permohonan maaf beliau kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadap saya dalam sidang media di Hotel Seri Pacific pada 2 Okt 2017, Akujanji bahawa beliau tidak mengulangi kata-kata fitnah tersebut dan tawarannya untuk satu jumlah ganti rugi.
Habibul Rahman Kadir Shah.

“Saya dengan tegas menafikan segala tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap saya dan menyatakan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan itu adalah fitnah yang amat menjengkelkan.

“Walaupun begitu, Syed Saddiq menerusi peguamnya, Tetuan AmerBON Advocates memaklumkan bahawa beliau enggan memenuhi tuntutan surat peguam saya.
Justeru, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya dalam kenyataan.

Pada sidang media itu, Syed Saddiq dilaporkan mendedahkan mengenai kewujudan satu rangkaian yang beroperasi untuk menyogok dan mengugut ahli-ahli pengasas parti politik Bersatu.

Rangkaian yang dirujuknya sebagai “rangkaian dedak yang sistematik” itu dikatakan telah beroperasi untuk melemahkan dan merapuhkan status kewangan individu-individu yang menentang rasuah di Malaysia.

Tiada ulasan: