HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Oktober 2021

Gerakan dakwa projek pembinaan jalan di Air Itam masih terbengkalai

840492F0-D62A-438B-92CC-91BCA05C4A21
Jalan Thean Teik dipenuhi dengan kon pembinaan sekali gus menyukarkan pengguna jalan raya melalui jalan itu khususnya ketika waktu puncak.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri menjelaskan status terkini pembinaan projek jajaran lebuh raya menerusi Pakej kedua Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang menghubungkan jajaran Air Itam di Lebuh Raya Thean Teik ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, perkembangan status projek itu perlukan disegerakan kerana tiada sebarang pembinaan dibuat walaupun majlis pecah tanah sudah dilakukan dua tahun lalu.

“Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam, Joseph Ng Soon Siang mendakwa pembinaan projek jajaran lebuh raya itu masih belum dimulakan.

166B8689-D21F-46BA-B7B4-31016ACC6491-e1625043802918
Oh Tong Keong.

“Malah wakil rakyat Air Itam itu turut mendakwa kerja pembinaan jalan raya yang diadakan sekarang di kawasan itu merupakan projek pihak swasta, bukan projek kerajaan negeri.

“Akibat kelewatan pembinaan ini, rakyat tempatan membuat aduan kepada kami berhubung masalah keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, bayaran kepada kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi projek tiga jalan utama sudah diberikan kepada pemaju terlibat namun mengapa projek itu masih belum terlaksana.

“Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teh Lai Heng sebelum ini mengatakan kerajaan negeri telah memberi tanah bernilai RM208 juta kepada Consortium Zenith Construction sebagai bayaran kepada kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi projek tiga jalan utama sekali gus menunjukkan kerajaan negeri telah membuat pembayaran itu,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: