HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Oktober 2021

Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

Astro Awani
Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas
Khairil Nizam memaklumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya bagi sesi 2021-2023.
 
Menurut Setiausaha Pemuda Pas, Mohd Nadzim Ahmad Azmi keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas (DPPM) pada Khamis.
 
"Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
 
Khairil Nizam juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), gabungan yang disertai Pas bersama Bersatu dan Gerakan.
 
Muktamar Pas yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada November nanti bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.

Tiada ulasan: