SUARA MERDEKA
PEJUANG tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan,bahawa Pejuang juga tidak akan membantu kempen untuk mana-mana parti lain yang bertanding.
Dr. Mahathir berkata, partinya percaya bahawa tidak kira siapa yang menang dalam pilihan raya, tidak akan ada perubahan.
“Mereka yang mengambil bahagian (dalam pilihan raya) tidak memikirkan apa yang boleh mereka lakukan untuk membangunkan negeri, tetapi mereka melakukannya untuk jawatan dan gaji yang lumayan.
“Kami di Pejuang tidak mahu menjadi sebahagian daripada ini kerana keadaan politik di Malaysia sekarang huru-hara,” katanya pada sidang media.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan