Fareez Azman

Datuk
Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis
Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai
calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini. - Gambar
fail
MELAKA:
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis
Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai
calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Bekas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu hanya memaklumkan
beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu “nanti”.
“Nanti saya komen, semua wartawan hubungi saya sekarang ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu,
Majlis Presiden PH memaklumkan Norhizam tidak akan menjadi calon PH
pada PRN nanti selepas menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang
perkara tersebut.
Norhizam
sebelum ini bersama tiga lagi bekas ADUN menyatakan hilang kepercayaan
dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri
Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri
(DUN) Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) kemudian menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN
Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan