Eleanor Michelle Patrick

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan
itu. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia untuk bertembung dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada cara lain untuk mengelak
pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu
bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional (PN) pada
PRU15.
Bagaimanapun
katanya, Bersatu mempunyai strategi dan cara tersendiri untuk mendekati
rakyat berdasarkan pengalaman yang dimiliki.
"Presiden
UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perhimpunan Agung UMNO sudah
buat keputusan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Secara asasnya mereka akan berlawan dengan kita (pada PRU15).
"Bersatu
sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu... kalau
kita terpaksa bertembung dalam PRU15, kita tiada cara lain untuk
mengelakkannya. Itulah realiti politik," katanya pada sidang media
selepas mengadakan mesyuarat bersama barisan pemimpin Bersatu di Kota
Kinabalu pada Sabtu.
Semalam,
Ahmad Zahid, sekali lagi mengumumkan bahawa UMNO akan mempertahankan
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu menangi
pada pilihan raya umum yang lalu.
Dalam
perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu
berkata,keputusan itu seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam
mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.
Mengenai
pembahagian kerusi dalam kalangan rakan gabungan PN di Sabah bagi
berdepan PRU15, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menyerahkan kepada
perbincangan antara parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Adalah elok mandat diberikan kepada Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan rakan-rakan untuk berbincang.
"Bagi
saya Sabah ini ada sedikit kelainan dengan Semenanjung dan perkara itu
akan menjadi indikator supaya akan ada satu keputusan baik untuk semua,"
katanya.
Dalam perkembangan lain,
Muhyiddin berkata, Bersatu memandang serius mengenai golongan belia dan
memberi perhatian untuk menarik sokongan mereka susulan keputusan
mengenai Undi18.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan