Nickyson Nyambar
Juanda
berkata seorang ahli politik yang telah diberikan amanah oleh rakyat
harus bijak berfikir khasnya dalam membawa pembangunan dalam sesuatu
kawasan. -Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seseorang wakil rakyat perlu pandai meneliti serta menilai keperluan rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Menyifatkan
hubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan rakyat seperti bapa
dan anak, penyandang DUN Jemoreng, Datuk Juanda Jaya, berkata wakil
rakyat sepatutnya lebih arif menilai rakyat yang memerlukan bantuan.
"Sebagai
contoh, cukuplah ahli politik bantu kroni-kroni yang dekat dengan
politik, sedangkan di hadapan mata kita ada rumah yang buruk dan rumah
yang buruk itu tidak pernah minta bantuan dari kita.
"Yang
minta dari kita mungkin dari kroni kita, rumah dia sudah elok, cuma dia
hendak menambah baik lagi. Jadi ini dilema mana-mana ahli politik,"
katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Tegas
beliau, seorang ahli politik yang telah diberikan amanah oleh rakyat
harus bijak berfikir khasnya dalam membawa pembangunan dalam sesuatu
kawasan.
"Dari sudut mengatur keperluan,
keadaan mana diperlukan oleh rakyat. Saya bagi contoh senang, semua
kampung akan minta dewan masyarakat untuk mereka berhimpun, tetapi di
manakah kesesuaian dewan itu diletak?
"Sebab
itu saya sebut, pembangunannya yang sepatutnya kita bawa kepada rakyat
peringkat akar umbi, dia bukan hanya pembangunan fizikal, tetapi
pembangunan dari sudut cara berfikir, cara menilai, cara melihat
ketelusan keperluan rakyat yang berada di kawasan berkenaan.
"Kalau
tidak kita hanya ada duit, kita buat projek, kita bantu sedangkan
bantuan itu membawa impak berterusan kepada rakyat di kampung," tambah
beliau lagi.
Dalam
pada itu, mengulas mengenai penerimaan beliau sebagai calon untuk
mempertahankan DUN Jemoreng pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
ke-12, katanya rata-rata rakyat masih mahu menerima khidmat beliau.
"Setakat
yang saya berjalan dua hari lepas, kita telah berjalan hampir tiga suku
dari kawasan DUN N44 Jemoreng, selama dua hari, saya menziarahi 25 buah
kampung dan rumah panjang.
"Esok saya
akan pergi lagi 14 tempat lagi. Setakat ini, rakyat yang saya didik
selama lima tahun yang lalu mengharapkan lagi khidmat saya dan saya rasa
ia satu beban yang besar yang akan dipikul," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan