HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Disember 2021

UMNO hadkan penyertaan ummah, parti lain dalam MN, bukan PAS


Hanya UMNO sahaja yang mengehadkan penyertaan umat Islam lain ke dalam Muafakat Nasional (MN), sedangkan PAS bersikap terbuka demi penyatuan ummah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata piagam MN yang berteraskan kepada penyatuan ummah itu tidak mengehadkan kepada penyertaan pihak lain.

Malah katanya, MN juga bukan hanya eksklusif kepada UMNO dan PAS, sebaliknya dibuka kepada mana-mana parti Islam lain yang berkongsi hala tuju sama.

Menurutnya, sebagaimana dinyatakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, parti itu sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak, termasuk perthbuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mempunyai cita-cita sama.

“Jangan mengehadkan penyatuan ummah ini kepada PAS dan UMNO sahaja. Ia mesti dibuka kepada semua parti-parti lain, NGO dan orang perseorangan yang mempunyai cita-cita sama.

“Jadi tidak terhad kepada PAS… kepada UMNO sahaja. Itu yang ditekankan oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Dalam piagam itu sendiri sebenarnya membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja ke arah penyatuan ummah demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM Peringkat Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, selain parti politik seperti UMNO dan PAS, ‘ummah’ juga ada dalam pelbagai NGO selain turut melibatkan individu perseorangan.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berharap kenyataan Abdul Hadi mengenai UMNO yang tidak mengikut piagam dipersetujui bersama semalam, tidak disalah tafsir dan diputar belit mana-mana pihak.

“Saya hendak jelaskan sekali lagi, apa yang disebut oleh Presiden PAS dalam piagam MN ini ialah, ia bukan antara UMNO dengan PAS sahaja,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi membuat kenyataan terbuka yang menolak MN kerana mendakwa UMNO tidak menepati janji yang termaktub dalam piagam gagasan itu.

Setelah menolak kerjasama bersyarat yang dihulurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu, parti Islam itu berpegang kepada janji untuk membawa parti lain dan NGO menyertai MN.

Katanya PAS menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Hari ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan parti itu tidak menepati janji yang termaktub dalam piagam MN.

Mohamad mengakui hanya mahu melihat kerjasama dengan parti Melayu dan Islam melibatkan UMNO dan PAS sahaja, parti-parti kecil yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu lain tidak dialu-alukan dalam kerjasama MN menyebabkan UMNO enggan menjemput mana-mana parti selain PAS sahaja.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru, untuk memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” kata Mohamad yang mengakui dakwaan Abdul Hadi.

Tiada ulasan: